Wednesday 30 January 2013

Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat

Konsep pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong education bukanlah satu konsep yang baru konsep pembelajan yang wujud di nagara Malaysia. "Belajar sepanjang hayat," membawa makna kita harus sentiasa belajar sepanjang hidup kita dan yang peling penting sekali pembelajaran mestilah melahirkan tindakan pro-kehidupan. Pembelajaran sepanjang hayat dari konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di sekolah.

Pengalaman yang bersifat pengetahuan separti ini tidak akan dapat dipelajari secara bentuk biasa, tidak juga secara formal dan latihan. Ia memerlukan pusingan yang berterusan mencipta dan memahami erti perkongsianilmu. Berdasarkan kepada pendangan di atas, pembelajaran sepanjang hayat dapat disimpulkan kepada proses seperti:
  1. Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada masa sekarang, mahupun pada masa akan datang.
  2. Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ia adalah proses sepanjang hayat.



Maksud Pendidikan Sepanjang Hayat

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dann pengetahuan, penguasaan kemahiran dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pembelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran.